校史

Sebelum 1933, sebuah sekolah yang bernama sekolah Gong Min telah ditubuhkan di Kampung Sedenak. Pengasas sekolah dan guru besar pada masa itu tidak dapat dikaji. Selepas 1933, Encik Chen bertugas sebagai Guru Besar sehingga tahun 1936. Bilangan murid ketika itu lebih kurang 20 orang sahaja. Pada ketika itu, murid-murid ditempatkan di tingkat atas sebuah kedai sebagai bilik darjah.Pengerusi Jemaah Pengurus sekolah bernama Wu Yu Tang. Guru Besar Encik Chen meletakkan jawatan pada tahun 1936 dan digantikan oleh En. Wu Xiu Min. En. Wu bertugas di sekolah ini selama 3 tahun. Beliau melaksanakan projek pembangunan sekolah dengan bersungguh-sungguh.Atas usaha beliau, 2 buah bilik darjah, sebuah dewan dan sebuah asrama telah dibina.Pada masa itu, bilangan murid bertambah sehingga 40 orang. Pihak sekolah mengupah seorang guru untuk mengajar murid.

Pada tahun 1940 sehingga 8 Disember 1941, Encik Zhu Meng Qin menjadi guru besar. Sekolah terpasksa ditutup pada tahun 1942 selama 4 tahun kerana penjajahan Jepun. Walaubagaimanapun sekolah telah dibuka semula pada tahun 1946.

Selepas sekolah dibuka semula,Encik Chi Cheng Chu dipilih sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus sekolah dan Encik Li Si sebagai guru Besar. Pada tahun 1946, Mesyuarat Agong diadakan. Dalam mesyuarat tersebut,Encik Lai Hong dipilih sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus dan beliau mengupah Encik Chen Guo Ming menjadi guru besar. Pada tahun yang sama, sebahagian ahli Parti Guo Min Dang memohon sebidang tanah milik Estate Sedenak untuk mendirikan sebuah sekolah lain yang diberi nama Sekolah Min Zhi. Guru Besar sekolah Min Zhi pada masa itu ialah Encik Li Si and Encik Luo You menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus sekolah.

Pada tahun 1948, Pengerusi Jemaah Pengurus iaitu Encik Lai Hong disyaki salah seorang ahli Parti Komunis Malaya dan beliau telah ditangkap oleh kerajaan lalu dihantar pulang ke China. Oleh sebab itu, Encik Chi Cheng Chu sekali lagi menggantikan Encik Lai Hong sebagai Pengerusi Jemaah pengurus sekolah manakala Encik Chen Lian Qing sebagai guru besar.

Pada tahun 1949, Encik Tang Jian Xun pula menjadi guru besar. Pada tahun 1950, oleh sebab ancaman komunis, kerajaan mengarahkan penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran hutan berpindah ke perkampungan baru yang ditetapkan.

Pada awal tahun 1952 Sekolah Gong Min berpindah ke tapak baru iaitu di tapak sekolah sekarang manakala Sekolah Min Zhi pula ditutup. Kedua-dua buah sekolah digabung menjadi sebuah sekolah sahaja. Mulai tahun 1953, Encik Chen Fu Rong dipilih sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus sekolah dand Encik Chen Di sebagai guru besar. Pada masa itu bilangan murid mula bertambah sehingga 100 orang. Pada masa 1958, di bawah Rancangan Pendidikan Kerajaan, sekolah ini pun dinamakan SRJK(C) Sedenak, dan diberi bantuan penuh oleh kerajaan. Menjelang tahun 1967 sehingga tahun 1977 bilangan murid mencecah 400 orang.

Pada tahun 1974, Persatuan Ibubapa Dan Guru pun ditubuhkan. Encik Chen Su Piang menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus sekolah sehingga tahun 1987. Setelah beliau meletakkan jawatan, Encik Leong Ah Sing pula yang memegang jawatan itu sehingga 1997. Pada bulan Jun 1976, Encik Chen Di, guru besar yang telah berkhidmat di sekolah ini selama 23 tahun setengah pula bersara. Guru Kanan Encik Cai Xue Pin pula memangku jawatan guru besar.

Pada tahun 1977, Encik Yan Jin Rui menjadi guru besar sekolah ini selama 1 tahun. Mulai tahun 1978, Encik Lee Long memegang jawatan sebagai guru besar. Pada tahun 1986, Encik Chen Fu Rong meletakkan jawatan setelah berkhidmat sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus selama 34 tahun. Seterusnya, Encik Chen Su Pian menjadi Pengerusi Jemaah Pengurus selama 2 tahun.

Pada tahun 1988, Encik Lee Leong bersara setelah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun dan pada tahun itu, Encik Chai Siew Thin memegang jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus sehingga tahun 1991.

Mulai tahun 1988, Encik Sam Kam Fu menjadi guru besar menggantikan Encik Lee Long yang telah bersara dan beliau berkhidmat selama 4 tahun sebelum ditukarkan ke sekolah di Gelang Patah. Pada tahun 1991, Encik Hon Chong pula menjadi Pengerusi Jemaah Pengurus sekolah sehingga kini.

Ketiga-tiga pihak Jemaah Pengurus sekolah, PIBG dan pihak sekolah bekerjasama dan berganding bahu untuk memajukan sekolah. Dalam tempoh 1974 hingga 1994 , sekolah telah dilengkapi dengan pelbagai prasarana seperti kantin, bilik perpustakaan, bilik komputer, bilik pandang dengar, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton dan pagar sekolah.

Mulai bulan September 1992 hingga 1996, Puan Cheong Kheok Far pula menjadi guru besar. Pada tahun 1994, di bawah projek kerajaan iaitu Rancangan Malaysia Ke-7, sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah siap dibina dan telah digunakan mulai akhir tahun 1994. Pada tahun 1995 hingga Oktober 1996, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM16,000 bagi membaik pulih gelanggang bola keranjang, kantin dan jalan tar.

Mulai 1 Januari 1997, Pn. Tan Siok Kian mengambil alih tempat Pn. Cheong Kheok Far yang dinaik pangkat ke SJK(C) Senai. Di bawah pimpinan Pn. Tan , sekolah mendapat peruntukan RM19888 dari YB Datuk Lim Si Ching( Ahli Perlimen Kulai) bagi membaik pulih bilik kesihatan, bilik cetak dan bilik SPBT. Pada bulan Jun 1999, sekolah mendapat peruntukan dari YB Datuk Lim lagi bagi menukar bumbung kelas yang bocor dan membina sebuah pentas kecil.

Pada 21 Ogos 1999, Pn. Tan Siok Kian dinaik pangkat ke SJK(C) Serom dan diganti oleh Pn. Chai Moy Kee. Atas usaha Pn. Chai, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM30,000 bagi membaik pulih kantin, bumbung bilik muzik dan perpustakaan. Pn. Chai kemudiannya ditukar ke Daerah Pontian dan diganti oleh En. Chong Kau mulai pada 1.3.2001.

Dalam tempoh pimpinan En. Chong Kau, sekolah telah beberapa kali mendapat peruntukan dari YB Datuk Lim Si Ching seperti:

a. RM8000 untuk membaik pulih kelas 2M, 3M dan membeli 11 buah papan notis.
b. RM2000 untuk memasang sebuah penghawa dingin di bilik guru besar.
c. RM 30,000 untuk menukar bumbung 2 buah bangunan lama.
d. RM30,000 untuk membina pagar konkrit.

Sekolah juga mendapat peruntukan dari YB Datuk Khoo Che Wat (ADUN Kulai) bagi memasang 2 buah penghawa dingin di bilik guru.

Pada 18 Oktober 2002, Datuk Lim Si Ching pula memyumbangkan RM3000 untuk membeli sebuah kamera digital Canon Ixus V2 termasuk printer. Beliau juga memberi peruntukan RM4000 pada 9 November 2002 untuk membuat lantai taman sekolah dengan batu bata - ‘ interlock paver’.

En. Chong merupakan seorang guru besar yang cintai alam sekitar. Beliau menjadikan sekolah SJK(C) Sedenak sebagai “Sekolah Dalam Taman”. Dengan itu, beliau berjaya mendapat pokok-pokok bunga yang berharga RM9000 secara percuma untuk menghiasi taman sekolah. Di samping itu, dengan daya kreatif beliau, sebuah taman bunga yang dilengkapi dengan kolam pancuran air berjaya dibina di hadapan sekolah dengan kerjasama ahli-ahli PIBG sekolah. Kini, SJK(C) Sedenak kelihatan bagai Sekolah Dalam Taman.

Pada masa cuti selolah akhir tahun 2002, tiga buah anjung bacaan di taman sekolah telah dibina untuk menambahkan keceriaan kawasan sekolah. Ketiga-tiga buah anjung bacaan tersebut didirikan adalah hasil usaha pihak sekolah dan ahli-ahli pihak PIBG. Prasarana yang ceria ini mendapat pujian dari semua pihak dari segi kualiti dan kosnya. Dengan adanya tiga buah anjung bacaan yang selesa ini, murid-murid dapat berehat atau membuat ulangkaji pada masa lapang . Anjung bacaan ini juga dijadikan tapak untuk menjalankan bimbingan dan pemulihan oleh guru-guru pada masa tidak formal.

Oleh sebab dunia kini merupakan dunia teknologi maklumat, En.Chong berhasrat membestarikan P & P dengan penggunaan komputer. Pada bulan April 2003, pihak sekolah memperuntukan masa 60 minit dalam seminggu sebagai kelas komputer bagi setiap kelas telah dilancarkan. Kelas komputer tersebut melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, dan Sains. Program ini amat berjaya kerana murid-murid telah menunjukkan minat semasa P & P interaktif dijalankan. Dengan ini , program ini akan berterusan.

Pada bulan September 2003, YB Datuk Lim Si Cheng telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000. Peruntukan ini bertujuan mengabungjalinkan semua komputer di sekolah bagi membestarikan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan sekolah. Program ini siap berfungsi pada tahun 2004.

Pada bulan Oktober 2003, YB Datuk Lim Si Cheng telah meluluskan lagi peruntukan sebanyak RM50,000 bagi menaiktaraf bilik guru besar, bilik guru dan pejabat, kerja-kerja menaik taraf telah disiap pada awal tahun 2004. Kini, guru besar dan semua guru bekerja di bawah suasana yang lebih selesa.

Pada tahun 2004, sekolah dapat peruntukan RM3,000 daripada YB Datuk Lim dan RM3,000 daripada YB Chong Ching Liang(ADUN Kulai). Dari segi keceriaan sekolah, pokok bunga di sekolah telah bertambah. Pokok bunga ini adalah tajaan Semaian Soon dengan harga lebih kurang RM2,000 atas usaha Guru Besar En. Chong Kau. Pada 11 Januari 2005, Encik Chong Kau telah bersara. Majlis Persaraan diadakan di Balai Raya Sedenak dengan meriah. Ramai penduduk kampung turut hadir pada malam itu.

Pada 12 Januari 2005, Pn. Go Leng Ang mengambil alih tempat En. Chong Kau. Namun perkhidmatan beliau di sekolah ini tidak lama. Beliau cuma berkhidmat selama 4 bulan di sekolah ini. Beliau telah bersara pada 26 Mei 2005 dan guru besar baharu ialah En. Wong Hing Waah.

En. Wong ialah seorang guru besar yang mesra, rajin dan bertanggungjawab. Di bawah usaha En. Wong, sekolah mendapat peruntukan daripada YB Datuk Lim Si Cheng sebanyak RM 5,000 untuk memberi 2 set komputer. Selain itu, sekolah mendapat peruntukan daripada JPN untuk menggantikan bumbung bilik perpustakaan yang telah bocor. Pada bulan November 2005, di bawah usaha En. Wong , sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM7,000 daripada YB Zainal Abidin Bin Jidin (ADUN Bukit Permai ) untuk membaik pulih bilik perpustakaan dan bilik muzik. Pada tahun 2006, atas sumbangan YB Datuk Lim, komuniti Sedenak dan Kulai, pihak sekolah telah berjaya membina sebuah Dewan Sekolah. Sebuah bangunan Prasekolah juga telah dibina dengan peruntukan kerajaan pada tahun 2006 dan telah digunakan pada awal persekolahan tahun 2007. Bumbung bilik KH dan PJK juga telah ditukar dengan genting baru dengan peruntukan kerajaan. Selain itu, bangunan 2 tingkat juga telah dicat dengan sumbangan YB Datuk Lim See Cheng .

En. Wong Hing Waah bertukar ke SJK ( C ) Woon Hwa pada 1 Septermber 2007 dan diganti oleh Pn. Ong Min Yock dari SJK( C ) Pei Hwa, Pontian.

Pada tahun 2008, dewan sekolah mulai digunakan untuk perhimpunan pagi dan juga untuk menjalankan berbagai-bagai aktiviti seperti pertandingan, perayaan, dan program RIMUP untuk ketiga-tiga buah sekolah di Sedenak , iaitu SK Sedenak dan SJK ( T ) Ladang Sedenak. Selain itu, perpustakaan sekolah dipindah ke bilik yang terletak di atas dewan yang lebih luas dan selesa. Bilik Komputer dipindah ke Bilik Perpustakaan lama. Bilik Komputer lama dijadikan bilik mesyuarat untuk guru-guru. Di samping itu, dinding di luar pejabat dihias dengan mural yang menarik oleh pakar pelukis.

Seterusnya, usaha pembestarian kemudahan sekolah dititikberatkan oleh Pn. Ong. Misalnya beliau mendapatkan sumbangan daripada kerajaan untuk membekalkan dua set komputer dan printer untuk Bilik Prasekolah serta dua set komputer dan sebuah printer untuk kegunaan pejabat. Jemaah Pengurus Sekolah dan juga PIBG juga berusaha mendapat sumbangan dari pihak luar untuk membeli satu set komputer dan sebuah Acer Laptop.

Dewan sekolah dirasmikan oleh YB Datuk Ong Ka Ting(Ahli Parlimen Kulaijaya) pada 14 Jun 2008. Beliau memberi peruntukan sebanyak RM180,000.00 untuk pembangunan sekolah.

Kerajaan juga telah lulus RM60,000.00 untuk menaik taraf kantin sekolah. Jemaah Pengurus sekolah dan PIBG pula berusaha memasang elektrik dan air, tangki dan juga meluaskan kawasan belakang kantin. Selain itu, mereka juga memasang PA System, LCD dan Projektor di dewan, membeli 4 set meja kerusi kantin dan mengubahsuai kelas-kelas yang telah usang.

Di bawah projek kerajaan iaitu Rancangan Malaysia Ke-9, sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah makmal komputer telah diluluskan. Projek pembangunan tersebut telah dijalankan mulai pada 17 Ogos 2009.



士年纳国民型华文小学前身乃士年纳公民学校,座落于士年纳火车站对面之旧街场。公民学校创立于1933年,由一位姓陈的校长掌校,董事长为吴玉堂。由于当时没有校舍,因此,为数二十余名学生是在一间商店的楼上上课。
1937年,在董事长陈荃华及校长吴修民的带动下,发起筹募建校工程。在众人的合力下建校工程在第二年完成,学校总算拥有一间属于自己的校舍。新校舍包括两间教室、礼堂及宿舍各一间。当时的学生已增加至四十人左右,也增聘一位教师。
1940年,由朱梦琴校长出掌校政。1941年12月8日,日本南侵。在沦陷期间,学校停办了4年。
1946年,日本投降后,公民学校复办。当时士年纳出现了两个主要团体:一为马共抗日军退伍同志会组织的“新民主义青年团”,另一为国民党所组织 的“三民主义青年团”。在1946年底,董事部改选。结果,“新民主义青年团”之党员中选所有职位。此次改选,引起“三民主义青年团”党员的不满。因此, 以罗有为首的一班人逐向士年纳园丘经理建议拨地,另建一间学校,命名为民智学校,座落于现今校舍之隔邻。
1948年,公民学校聘请丘国裕校长掌校。同年6月,由于马共发动武装斗争事件,赖洪被遣送回中国,而丘校长也随后辞职。1948年下半年,池诚初董事长聘请陈廉庆为校长。1949年初,改聘唐建勋为校长。
1950年政府开始迁移新村计划,将所有居住在森林边缘的华人,全部集中在新村居住。
1951年迁移新村计划完成,不过由于校舍未完成搬迁,只好暂时租借面包店楼上上课。
1952年初,公民学校正式迁入新校址,而同时民智学校也自动停办。
1953年,这时学生人数已增至百多名,因此董事部加聘三名教师。当时学校一切开支,全由董事部支付,而经费来源来自学费及年捐。当时校长为陈涤校长。
在1954年至1957年间,董事部曾先后增建五间课室及一个篮球场。
1958年,我国独立后实行新教育政策,将士年纳国民型华文小学,正式纳入国家教育主流,一切费用由政府负责,所有学生都享有免费教育。
1967年,士年纳华小学生人数进入最盛时期,学生人数多达三百八十多名,教职员14位。
1974年,本校成立家教协会。第一任主席为陈秋炳村长。
1976年6月陈涤校长荣休,陈校长在本校服务长达二十三年六个月,诚属难能可贵。随后,蔡雪平老师代理校政。
1977年颜金瑞校长出掌校政,为期一年。
1978 年李良出任本校校长。在1980年至1985年期间学校新增一间课室,男女厕所各一间及获得古来县教育局拨款修建旧食堂。
10年后,即1988年6月李良校长荣休。同年8月沈康富校长担任本校校长。在沈校长掌校期间,本校于1991年获得州务大臣拨款扩建图书馆及音乐室并成立电脑班。
1992年8月16日,沈康富校长调升至振林山明德学校。随后由张菊花校长接任。在张校长掌校期间,本校于1993年获得政府拨款兴建一座两层楼建筑物。1995年初,两层楼课室正式启用。
1996年12月,张菊花校长调升至士乃学校。1997年1月1日由陈惜娟校长接任。在陈校长掌校期间学校获得多项拨款以提升软硬体的设施。1998年抄更获古来县教育局拨款将护理室、印刷室和贷书室的木板改建成砖瓦建筑物。
1999年8月29日,陈惜娟校长调升至麻坡实廊中华学校。同年9月21日由蔡枚芝校长接任。在蔡校长掌校期间,本校于1999年12月获得拿督林时清拨款,修建食堂,两间课室改建成砖瓦,音乐室和图书馆换上新屋瓦;同时食堂换上新电线和电表。
2001年蔡枚芝校长调升至笨珍育民二小,同年3月1日由张进胡校长接任。在张校长掌校期间极力进行美化校园活动。在2002年在董家协成员们的合作下学校兴建三座休闲亭并积极进行美化及绿化活动。在各界努力下,成功把本校打造成一个花园学校。
2005年1月11日张进胡校长荣休。
2005年1月12日由吴丽英校长掌校。吴校长仅在本校掌校短短4个月。于同年5月26日荣休,
2005年5月由黄庆华校长接棒。在黄校长掌校期间,本校在2005年获拨款增建一所幼儿园。同年,也举办了‘Tiger十大义演’筹募建设多用途礼堂基金。2006年幼儿园正式启用,学生人数为10人。
2007年9月1日黄庆华校长调升文化华小。同年由王明玉校长接任至今。在王校长的带领下,多用途礼堂在2008年正式启用。图书馆及贷书室也搬迁至新礼堂。2008年本校也荣获全国卓越学校(微型学校)UPSR冠军。
2009年8月17日,在第九大马计划下,本校B座及C座属国家独立前建筑物已被政府拆除。随之,一座四层楼课室及一座电脑室的建筑工程正如火如荼地展开。
本校由迁入新址至今,已经历了57年的岁月,从几间简陋的课室发展成现代化的建筑物,标志着本校的发展过程稳健,并开始昂首迈进。愿本村村民及校友,手牵手,心连心,团结一致去爱护学校,使之与天地共存,同日月争辉。
Comments